CRISIS RELIEF SQUARD OF MCA

CRSM adalah sebuah pertubuhan NGO yang di asaskan oleh MCA, pada mulanya keahlian / keanggotaan hanya dibuka dikalangan ahli MCA sahaja.

Demi untuk merealisasikan konsep 1 Malaysia yang diasaskan oleh YAB Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Tun Razak maka keahlian / keanggotaan dibuka kepada semua etnik Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Tujuan penubuhan ialah untuk mengembeling tenaga dan bersatu untuk membantu masyarakat sekiranya terjadi bencana alam serta membantu pihak keselamatan menangani masaalah jenayah disamping mengeratkan perpaduan antara kaum.

Beberapa unit khas ditubuhkan untuk melicinkan setiap aktiviti atau operasi dijalankan iaitu : (1) Training Unit (2) Counseling Unit (3) Medical support Unit (4) Legal support Unit (5) Action relief Unit.

Setiap anggota disediakan dengan walkie-talkie, ianya bertujuan untuk memudahkan hubungan komunikasi sekiranya bantuan kecemasan diperlukan.

Keanggotaan sehingga kini melebihi 700 orang meliputi Kawasan Parlimen Alor Setar, Kuala Kedah dan Pokok Sena. Aktiviti semasa adalah Rondaan Keselamatan mencegah jenayah.

Ibu pejabat CRSM Alor Setar Division terletak di Jalan Penjara Lama, Pekan Cina, Alor Setar .

Untuk keterangan lanjut sila hubungi: 0105652011